Assalamualaikum w.b.t.
Bijakkah Al-Quran? hmm... apa cerita ni? Apa maksud bijak? Bijak maknanya yang boleh menyelesaikan masalah, yang boleh memberi panduan, yang boleh diikut, tiada salah, tiada yang boleh dipertikaikan. Jadi bijakkah Al-Quran?
Cuba kita lontarkan persoalan bijakkah Al-Quran ini kepada diri sendiri... apa jawapan yang akan diberi oleh diri kita? Tentulah bijak Al-Quran! Di dalamnya terisi segala panduan dan bekalan yang diperlukan oleh manusia untuk mengharungi kehidupan di dunia dan akhirat. Di dalam Al-Quran tertulis akhlak yang harus ada bagi manusia antaranya menjalani kehidupan berdisiplin dengan cara solat fardhu 5 waktu pada awal waktunya, sayang dan hormat kepada keluarga terutamanya kepada ibu bagi si anak dan suami bagi si isteri, menghormati maruah sesama manusia dengan adanya peraturan aurat dan banyak lagi.
Jadi satu persoalan lagi yang perlu kita tanya pada diri sendiri, pandaikah saya guna Al-Quran? Secara sedar atau tidak, Al-Quran sememangnya bijak dan kita mampu menghuraikan kebijaksanaan Al-Quran sehingga membuatkan rakan2 kita kagum dengan kepetahan kita menghuraikan kebijaksanaan Al-Quran namun kebijaksanaan Al-Quran tidak ada faedahnya sekiranya kita tidak pandai menggunakan Al-Quran.
InshaAllah sama2 kita mengamalkan isi kandungan Al-Quran di dalam kehidupan kita. Bangkitlah wahai jiwa yang masih lena!
Tazkirah ini bukan ditulis untuk menyakitkan hati sesiapa tetapi untuk menyedarkan diri penulis terutamanya dan juga seluruh umat Islam agar menggunakan potensi Al-Quran semaksima mungkin. InshaAllah.
satu Inovasi...satu Reformasi