Monday, May 5, 2008

Tuhan Memanggil

Saban hari, manusia makin jauh dari TUHAN. Mengapakah begitu? Setiap hari, TUHAN memanggil kita. TUHAN cuba mendekati kita tetapi yang peliknya manusia lari daripadaNYA. Pelikkan!! Nun jauh di dalam hati nurani kita, pasti tertanya-tanya, "Bagaimanakah pulak TUHAN memanggil aku?" Bagi yang tidak sedar TUHAN memanggilnya setiap hari sedarlah!! Hayatilah dan renungilah lirik lagu ini....



Kumpulan: Mawaddah Putera Tajuk: Tuhan Memanggil

Tuhan memanggil
Ku tidak menyahutnya
Tuhan memanggil
Aku mendengar saja
Tuhan memanggil aku
Ku sahut sekali-sekala
Tuhan memanggil aku
Ku cuba menerimanya

Tuhan memanggil
Ku sahut bertalu-talu
Tuhan memanggil
Ku jemu menyahutnya
Tapi aku memaksa
Diriku menerimanya
Itulah diri aku
Belum jinak dengan Tuhan
Aku akan jinakkan
Dengan bermujahadah

Apakah perasaan kekasih apabila jauh daripada kekasihnya? Mesti penuh dengan kesedihan dan kedukaan kan? Hati menjadi tidak keruan. Penuh dengan rintihan dan gundah-gulana. Makan tak kenyang, tidur tak lena. Hati tidak pernah tenang mengenangNya. Tetapi alangkah hairannya perangai manusia!! Kekasih Agung Allah rabbuljalil memanggil 5 kali setiap hari. Layakkah kita ini dipanggil setiap hari? Diingatkan untuk menyembahnya 5 kali sehari? Disuruh mengingati setiap waktu dan ketika?


Maka, akan kelihatanlah lagak-lagak seorang insan. Ada yang berhenti bekerja seolah-olah menghormatinya tetapi kemudian menyambung kerjanya seolah-olah tidak ada apa yang berlaku. Ada yang langsung tidak mendengarnya walaupun sehari-hari mendengar seruan itu. Tetapi beruntunglah sesiapa yang menyahutnya tanpa berfikir panjang dan segera pergi ke arahNya.

"Dan ingatlah Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali mengkehendaki sebarang rezeki pemberian rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak mengkehendaki mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja yang memberi rezeki dan Dialah yang mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh KekuasaanNYA." (Surah Az-Zariyat 51: Ayat 56-58)

Nah, Sahabatku!! Mahu Tunggu malaikat Izrail menjemput baru hendak melangkahkan kaki ke masjid berjemaah? Mahu tunggu tua dimakan usia baru hendak menuju ke rumah Allah? Mahu tunggu susah papa kedana baru hendak mengingati Allah?

Sedarlah wahai sahabatKu yang Ku kasihi.. Penuhilah panggilan TUHAN yang Maha Pengasih Maha Penyayang setiap hari. Penuhilah waktu mudamu dengan mengingatinya. Kelak kamu akan menjadi kekasih yang sentiasa disayangiNya. Dapatkanlah redha TUHAN, kelak kamu akan mendapat redha manusia.


Renungi dan fikirkanlah kata-kataku ini... Moga Anda sentiasa dalam rahmatnya.. AMEEN

Marilah bersama-sama meramaikan rumah Allah tatkala Azan berkumandang.

(SQ Al-Akh)
satu Inovasi...satu Reformasi

No comments:


Visitor Map