Tuesday, April 22, 2008

Scientist From Czech Republic Converts To Islam




Semalam semasa Ana membelek-belek buku pathphysiology sambil melayari internet, Ana terjumpa satu video yang amat menarik perhatian tentang seorang saintis dari czech republic yang memeluk islam setelah mengkaji Islam dari kaca mata sains. Sungguh menyayat hati semasa beliau menceritakan bagaimana beliau mengambil keputusan memeluk islam. Dahulunya, Beliau seorang atheis (tidak percaya adanya TUHAN) dan menyangka semua yang ada di muka bumi hanya 'mother nature' yang sedia ada. Setelah mengkaji bible dan Quran, akhirnya hidayah Allah menentukan segalanya. Apa dalam fikiran Ana, pada hari ini orang-orang yang tidak dilahirkan dalam Islam, memasuki Islam setelah mengetahui kebenaran Al-Quran dan hakikat penciptaan manusia. Pada masa yang sama, umat Islam yang sedia lahir dalam Islam cuba mencari alasan untuk melaksanakan Islam dalam hidup sehari-hari. Islam diambil hanya beberapa 'part' sahaja. Tidak pula mengambil Islam sepenuhnya padahal Islam adalah 'Ad-Din nasihah'. Bangun dan bangunlah wahai sahabat!! Masih ingin bermalasan dan bersenang-senang dengan DUNIA yang tunggu waktunya dimakan zaman? Nak tunggu tua baru nak datang masjid dan laksanakan ibadah kepada tuhan Rabbul Jalil? Jika itu yang kau pinta, ingatlah!! Dunia kata pergi Kubur kata mari... Fikirkan dan renungkanlah...

(SQ Al-Akh)

satu Inovasi...satu Reformasi

No comments:


Visitor Map