Saturday, January 8, 2011

Jual Beli Itu Semacam Riba

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Assalamualaikum w.b.t

InshaAllah post ini merupakan sambungan buat post lepas dalam menyatakan tentang riba http://mukminpro.blogspot.com/2010/12/penambahan-dan-penangguhan.html

"Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan perkaranya terserahlah kepada Allah dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya." (surah Al-Baqarah ayat 275)

Di dalam Tafsir Ibn Kathir mengulas:


Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba.


orang yang tidak beriman mendakwa riba dibenarkan kerana mereka menolak perintah Allah s.w.t dan bukanlah bererti mereka menyamakan riba dengan berjual beli (berniaga). Mereka tidak mengakui bahawa Allah s.w.t telah menghalalkan berjual beli (berniaga) di dalam Al-Quran, kerana jika tidak mereka akan berkata riba itulah berjual beli (berniaga) sebaliknya mereka berkata

berniaga itu sama sahaja seperti riba

Firman Allah s.w.t lagi di dalam ayat yang sama


Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba.


dengan jelas menunjukkan bahawa Allah s.w.t telah membenarkan berjual beli dan melarang riba.


Alhamdulillah di dalam post yang lepas, telah diterangkan berkenaan jenis riba. InshaAllah dalam post kali ini akan menerangkan tentang jual beli.

Menurut kitab Fiqh Syafii oleh Ustaz H. Idris Ahmad S.H. :

Jual beli ertinya: Menukarkan barang dengan barang, atau barang dengan wang dengan jalan melepaskan hak milik seseorang terhadap yang lain atas dasar rela sama rela.

Perniagaan: suatu proses dalam tukar menukar antara wang barang wang barang yang sifatnya terus menerus dengan tujuan mencari untung. (contohnya beli pisang (wang dan barang iaitu pisang) jual pisang goreng (wang dan barang iaitu pisang goreng) beli pisang lagi dan seterusnya)

Berbeza dengan perniagaan dengan tujuan mencari untung, jual beli pula kadang dilakukan meskipun tidak untung. Unsur bagi perbuatan dagang dan jual beli ialah:

1. ada barang atau wang
2. ada penjual atau pembeli
3. ada ijab kabul sebagai tanda suka sama suka

Perbuatan yang batil (tidak sah) menurut agama di dalam jual beli dan perniagaan adalah:

1. penipuan (khida'ah)
2. perampasan (ghasab)
3. makan riba (aklur-riba)
4. pengkhianatan (mazlamah)
5. perjudian (maisir)
6. suapan (rasuah)
7. berdusta (kizib)
8. pencurian (sirqah)

yang mana semua hasil yang diperoleh dengan cara-cara ini haram dimakan dan dipakai serta digunakan.

InshaAllah akan disambung lagi...

Tulisan ini bukanlah merupakan tulisan ilmiah dan tujuan penulisan ini hanya untuk membuka minda pembaca terutama dari golongan pelajar khususnya warga csmu yang akan memasuki alam pekerjaan dan terlibat secara langsung dalam hal pengurusan wang dan harta. Adalah tidak molek jika seorang Islam itu mengerjakan suatu perkara sedangkan dia tiada pengetahuan dari segi Islam dalam mengerjakan perkara tersebut. Mudahlah musuh-musuh Islam meracuni pemikiran dia apabila dia mengerjakan suatu perkara tanpa menjadikan Islam sebagai asasnya. Penulis bukanlah dari lepasan jurusan agama dan tulisan ini hanyalah bertujuan sebagai pembuka minda dan pencetus reaksi untuk mendalami ilmu agama. Sila rujuk kepada ustaz-ustaz dan mereka yang ahli untuk memastikan agar tidak tersesat. Sekiranya ada kesalahan dalam artikel bolehlah menghubungi penulis untuk memperbetulkan dan sertakan sekali sumber rujukan. Mengambil kata-kata Dr. Zakir Naik "Taqlid itu hak Allah dan Rasulnya, janganlah kamu bertaqlid selain Allah dan Rasulnya, janganlah kamu bertaqlid selain Allah dan Rasulnya, janganlah kamu bertaqlid selain Allah dan Rasulnya."


satu Inovasi...satu Reformasi

No comments:


Visitor Map