Friday, December 31, 2010

Penambahan dan Penangguhan



























Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Assalamualaikum w.b.t

InshaAllah post ini merupakan sambungan buat post lepas dalam menyatakan tentang riba http://mukminpro.blogspot.com/2010/12/maksud-riba.html .

Merujuk kepada hadis nabi s.a.w. :

Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata: “Telah bersabda Rasulullah s.a.w: “Menjual (menukar) emas dengan emas mesti sama timbangannya, sama nilainya (kualitinya), dan menjual perak dengan perak mesti sama timbangannya, sama nilainya dan sesiapa yang menambah dan meminta lebih sesungguhnya itu telah menjadi riba. Dan pada riwayat lain berbunyi: Menjual tamar dengan tamar, dan menjual gandum dengan gandum, dan syair dengan syair, dan garam dengan garam, mesti sama nilainya, sama timbang terima, maka sesiapa yang menambah dan minta tambah, maka sesungguhnya telah jadi riba, melainkan barang-barang yang berlainan jenisnya.” (Riwayat Muslim)

Barang-barang yang disebut dalam hadis ini antaranya emas, perak, tamar, gandum, syair (sejenis roti yang banyak fiber) dan garam adalah barang-barang ribawi (iaitu barang-barang yang boleh mendatangkan riba).

Monday, December 27, 2010

Maksud Riba

(Gambar hiasan: Buku karangan Ustaz Zaharuddin Abd.Rahman)

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Assalamualaikum w.b.t


Topik berkaitan riba merupakan satu topik yang sukar untuk dibincangkan kerana riba merupakan antara perkara yang terselindung di sebalik urusan jualbeli dan juga perniagaan. Malah riba juga mampu menyelinap masuk dalam urusan hutang dan pinjaman. Di dalam Tafsir Ibnu Kathir dalam tafsir surah Al-Baqarah ada mengambil kata-kata khalifah Islam Umar bin Al-Khattab yang menyebut:


"Saya berharap Rasulullah s.a.w. menjelaskan 3 perkara buat umatnya, supaya dapat kita memahaminya dari pemahaman baginda:



1] Pewarisan harta cucu kepada datuknya

2] 'Kalalah' iaitu berkaitan harta mereka yang ketika meninggal tidak mempunyai waris langsung

3] dan beberapa jenis riba."


Umar bin Al-Khattab merujuk kepada beberapa jenis transaksi yang tak pasti samada berlaku riba atau tidak dalam transaksi tersebut.


Untuk memahami apa itu riba mari kita lihat definisi riba dari beberapa kitab...

Sunday, December 19, 2010

Menghidupkan Kembali Muamalah Islam


InshaAllah tazkirah bulan ini akan memfokuskan kepada 4 topik berkaitan muamalah Islam:



1. Memahami Sistem Riba

2. Sejarah Duit Kertas

3. Zakat

4. Sistem Dinar dan Dirham



Surah Al-Baqarah

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman. (278)
Kalau kamu tidak melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: Akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat) dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. (279)

Ayat di atas jelas menunjukkan betapa Allah s.w.t. memberi ancaman yang keras tentang amalan riba. Pengisytiharan perang kepada mereka yang mengamalkan riba oleh Allah s.w.t. menunjukkan betapa celakanya pengamal riba kerana biar bertimbun amal soleh yang dilakukan oleh pengamal riba adalah sia-sia. Lebih menakutkan lagi semua ayat yang diturunkan berkaitan riba dimulakan dengan Wahai orang-orang yang beriman! yang menunjukkan sekiranya seseorang itu tidak mempunyai iman, pasti tidak akan dilihat dan diambil iktibar dari ayat-ayat Al-Quran yang menceritakan tentang riba.

InshaAllah bersama-samalah kita menjayakan Bulan Menghidupkan Kembali Muamalah Islam ini dengan memperbanyakkan ilmu pengetahuan tentang muamalah Islam.

Satu Inovasi Satu Reformasi...


Visitor Map