Sunday, January 23, 2011

Memahami Konsep Riba - Siri Akhir

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Assalamualaikum w.b.t

InshaAllah post ini merupakan sambungan buat post lepas dan juga post terakhir dalam menyatakan tentang riba.

Berikut disenaraikan beberapa rujukan dan website yang boleh dilayari dalam memahami konsep riba dan juga kepentingan untuk kembali menggunakan sistem dinar dan dirham:

1. Ceramah dan penulisan oleh Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman
2. Accounting and Auditing Organisation for Islamic Financial Institutions

3. Ceramah oleh Umar Vadillo

4. Kitab Fiqh Syafii (dalam bab muamalat)

5. Tafsir Ibnu Kathir (surah Al-Baqarah ayat 275-279 dan surah Ali-Imran ayat 130)

6. E-dinar.com

7. Saudara Syazwan

InshaAllah Allah membantu hamba-hambanya yang sentiasa mencari kebenaran.

Assalamualaikum w.b.t.

Tulisan ini bukanlah merupakan tulisan ilmiah dan tujuan penulisan ini hanya untuk membuka minda pembaca terutama dari golongan pelajar khususnya warga csmu yang akan memasuki alam pekerjaan dan terlibat secara langsung dalam hal pengurusan wang dan harta. Adalah tidak molek jika seorang Islam itu mengerjakan suatu perkara sedangkan dia tiada pengetahuan dari segi Islam dalam mengerjakan perkara tersebut. Mudahlah musuh-musuh Islam meracuni pemikiran dia apabila dia mengerjakan suatu perkara tanpa menjadikan Islam sebagai asasnya. Penulis bukanlah dari lepasan jurusan agama dan tulisan ini hanyalah bertujuan sebagai pembuka minda dan pencetus reaksi untuk mendalami ilmu agama. Sila rujuk kepada ustaz-ustaz dan mereka yang ahli untuk memastikan agar tidak tersesat. Sekiranya ada kesalahan dalam artikel bolehlah menghubungi penulis untuk memperbetulkan dan sertakan sekali sumber rujukan. Mengambil kata-kata Dr. Zakir Naik "Taqlid itu hak Allah dan Rasulnya, janganlah kamu bertaqlid selain Allah dan Rasulnya, janganlah kamu bertaqlid selain Allah dan Rasulnya, janganlah kamu bertaqlid selain Allah dan Rasulnya."

satu Inovasi...satu Reformasi

Saturday, January 8, 2011

Jual Beli Itu Semacam Riba

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Assalamualaikum w.b.t

InshaAllah post ini merupakan sambungan buat post lepas dalam menyatakan tentang riba http://mukminpro.blogspot.com/2010/12/penambahan-dan-penangguhan.html

"Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan perkaranya terserahlah kepada Allah dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya." (surah Al-Baqarah ayat 275)

Di dalam Tafsir Ibn Kathir mengulas:


Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba.

Friday, January 7, 2011

Check Email Ingat Nak Clear Inbox Sikit Tapi....Wah!


from Seutas Renungan, Tasbih Perjuangan by Mohd Yusof Hadhari Bin Saidon

Untuk pengetahuan ustaz,ibu saya telah menyuruh saya memakai tudung ketika saya berumur 13 tahun lagi. Saya hanya menurut katanya kerana bimbang dimarahi. Walaupun begitu, sekarang saya tidak lekat memakai tudung. Ini diketahui oleh ibu saya, dia hanya mampu membebel dan berkata, adik nak buat dosa, adik tanggung la sendiri, ibu dah buat apa yang patut.

Sekarang saya sudah bekerja dan hanya memakai tudung di tempat kerja sahaja kerana di tempat saya, tindakan undang-undang akan dikenakan sekiranya pekerja tidak memakai tudung. Saya tahu hukum tidak menutup aurat, tetapi buat waktu sekarang, hati saya tidak terbuka lagi untuk terus menutup aurat (rambut dan leher).

Cara pemakaian saya tidak seperti rakan-rakan saya yang menutup aurat. Mereka bertudung tetapi pemakaian mereka tidak melambangkan imej mereka. Baju, seluar ketat yang menampakkan susuk tubuh.

Bagi yang memakai baju kurung, ada yang dari kain yang nipis dan jarang. Bagi yang berbaju kebaya, ianya terlalu ketat, berkain belah sehingga menampakkan betis dan jarang. Ada yang tidak memakai seluar tetapi memakai skirt panjang. Walaupun begitu, ianya ketat dan menampakkan garis pakaian dalam yang dipakainya.

Friday, December 31, 2010

Penambahan dan Penangguhan



























Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Assalamualaikum w.b.t

InshaAllah post ini merupakan sambungan buat post lepas dalam menyatakan tentang riba http://mukminpro.blogspot.com/2010/12/maksud-riba.html .

Merujuk kepada hadis nabi s.a.w. :

Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata: “Telah bersabda Rasulullah s.a.w: “Menjual (menukar) emas dengan emas mesti sama timbangannya, sama nilainya (kualitinya), dan menjual perak dengan perak mesti sama timbangannya, sama nilainya dan sesiapa yang menambah dan meminta lebih sesungguhnya itu telah menjadi riba. Dan pada riwayat lain berbunyi: Menjual tamar dengan tamar, dan menjual gandum dengan gandum, dan syair dengan syair, dan garam dengan garam, mesti sama nilainya, sama timbang terima, maka sesiapa yang menambah dan minta tambah, maka sesungguhnya telah jadi riba, melainkan barang-barang yang berlainan jenisnya.” (Riwayat Muslim)

Barang-barang yang disebut dalam hadis ini antaranya emas, perak, tamar, gandum, syair (sejenis roti yang banyak fiber) dan garam adalah barang-barang ribawi (iaitu barang-barang yang boleh mendatangkan riba).

Visitor Map