Sunday, April 27, 2008

Jangan Biar Ia Layu Sebelum Berkembang

Dipetik dari : Sebuah Perenungan
Begitu kerdilnya kita, ketika sebenarnya mampu membalas setiap keburukan orang lain dengan kebaikan, namun kita lebih memilih membalas dengan hal serupa atau bahkan lebih buruk dari mereka. Begitu malangnya kita, ketika merasa terhina dan bersedih hati, hanya karena ucapan kata-kata buruk yang seolah tertuju kepada kita, dan kita pun berbalik menghinakan dengan kata-kata yang tak kalah buruk lagi keji. Tidaklah sebatang pohon yang tinggi akan terbebas dari terpaan angin yang kencang. Tidaklah setiap helai rumput yang rendah akan jauh dari injakan kaki demi kaki. Dan tidaklah setiap manusia yang hidup di bumi ini akan terbebas dari ujian yang datang.

Saudaraku,

Sekalah setiap titis air mata kesedihan yang membasahi pipi. Air mata kesedihan yang menitis hanya karena merasa terhina, kehilangan kehormatan, dan dilecehkan oleh orang lain. Tidaklah tabiat dunia akan jauh dari hal-hal itu. Dan tidaklah dunia akan memberikan kebahagiaan yang ideal seratus persen seperti yang terbayang dalam pikiran kita.
Bukankah dunia adalah ladang amal bagi orang yang mengaku beriman? Bukankah dunia adalah medan ujian dan perjuangan dari setiap hamba yang merindukan surga-Nya? Dan bukankah sejarah dunia telah memberikan gambaran kesudahan dari perilaku yang pernah dilakukan oleh para pendahulu perihal baik dan buruknya?

Thursday, April 24, 2008

6 Perosak Ukhuwah


Oleh: Drs. Ahmad Yani

Pada masyarakat Islam, persatuan dan kesatuan atau lebih sering disebut dengan ukhuwah Islamiyah merupakan sesuatu yang sangat penting dan mendasar, apalagi hal ini merupakan salah satu ukuran keimanan yang sejati. Kerana itu, ketika Nabi Saw berhijrah ke Madinah, yang pertama dilakukannya adalah Al-Muakhah, yakni mempersaudarakan sahabat dari Makkah atau muhajirin dengan sahabat yang berada di Madinah atau kaum Anshar. Ini bererti, ketika seseorang atau suatu masyarakat beriman, maka seharusnya ukhuwah Islamiyah yang didasari oleh iman menjelma dalam kehidupan sehari-hari, Allah swt. berfirman, "Sesungguhnya mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat." [QS Al-Hujurat (49):10]

Wednesday, April 23, 2008

Bagaimana Bercinta Cara Islam?

Bagaimana Bercinta Cara Islam?
oleh: http://kembara-muslim.blogspot.com/

Semalam tatkala ana melihat blog sahabat-sahabat SeIslam nun jauh merantau mencari ilmu, ana terjumpa tajuk yang sangat dicari-cari oleh sahabat seperantauan khususnya di bumi Ukraine. Bagaimana ye Bercinta Cara Islam ni? Maka inilah jawapan-jawapan yang insya Allah sedikit sebanyak memberi manfaat kepada pembaca sekalian...

khub-bu bermaksud cinta,kasih

Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu? Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya. Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.

CINTA LUAR BIASA?

Cinta luar biasa..

Cinta seorang Kekasih kepada umatnya..

Hingga pada hembusan nafasnya yang
terakhir..
Lidah Rasulullah menuturkan tanpa
henti..
Ummati.. ummati.. ummati


Cinta luar biasa..
Kisah cinta Handzalah..
Meninggalkan isteri di malam
pernikahan..
Lantaran menyahut seruan jihad..
Akhirnya syahid di medan perjuangan..

Tuesday, April 22, 2008

Scientist From Czech Republic Converts To Islam




Semalam semasa Ana membelek-belek buku pathphysiology sambil melayari internet, Ana terjumpa satu video yang amat menarik perhatian tentang seorang saintis dari czech republic yang memeluk islam setelah mengkaji Islam dari kaca mata sains. Sungguh menyayat hati semasa beliau menceritakan bagaimana beliau mengambil keputusan memeluk islam. Dahulunya, Beliau seorang atheis (tidak percaya adanya TUHAN) dan menyangka semua yang ada di muka bumi hanya 'mother nature' yang sedia ada. Setelah mengkaji bible dan Quran, akhirnya hidayah Allah menentukan segalanya. Apa dalam fikiran Ana, pada hari ini orang-orang yang tidak dilahirkan dalam Islam, memasuki Islam setelah mengetahui kebenaran Al-Quran dan hakikat penciptaan manusia. Pada masa yang sama, umat Islam yang sedia lahir dalam Islam cuba mencari alasan untuk melaksanakan Islam dalam hidup sehari-hari. Islam diambil hanya beberapa 'part' sahaja. Tidak pula mengambil Islam sepenuhnya padahal Islam adalah 'Ad-Din nasihah'. Bangun dan bangunlah wahai sahabat!! Masih ingin bermalasan dan bersenang-senang dengan DUNIA yang tunggu waktunya dimakan zaman? Nak tunggu tua baru nak datang masjid dan laksanakan ibadah kepada tuhan Rabbul Jalil? Jika itu yang kau pinta, ingatlah!! Dunia kata pergi Kubur kata mari... Fikirkan dan renungkanlah...

(SQ Al-Akh)

satu Inovasi...satu Reformasi

Monday, April 21, 2008

Kayu Sugi (Siwak): Satu Pembuktian Saintifik

A Natural Toothbrush-Toothpaste


Ahmad-Aizatnur-Zakaria*
Madrasah Said Hawwa Research Foundation,
School of Dentistry,
University of North Sumatera, Indonesia


Kepentingan bersugi dalam Islam?

Daripada Ibn Umar r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jadikan bersugi itu satu amalan, kerana ianya (bersugi) menyihatkan mulut dan merupakan kesukaan kepada Maha Pencipta” ( Hadis Riwayat Al-Bukhari ).

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kalau tidak menyusahkan umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi setiap kali hendak menunaikan solat” (Hadis Riwayat Al-Bukhari).

Keywords: Hadith Bukhari, dental caries, siwak (Salvadora persica) extract, anticariogenic

Thursday, April 17, 2008

Pakar Bedah islam- al-Zahrawi (Albucacis)

Pakar Bedah islam- al-Zahrawi (Albucacis)

Al-Zahrawi dilahirkan di satu bandar berhampiran Cordova pada 936M, adalah salah seorang daripada pakar bedah terulung di zamannya. Ensiklopedia hasil tulisan beliau telah dijadikan standard rujukan bidang pembedahan di semua universiti Eropah selama lebih 500 tahun. Ahli-ahli sains islam, Ibnu-Sina, al-Razi, dan al-Zahrawi (nama penuhnya Zahrawi Abul-Qasim) adalah pelopor2 terawal bidang perubatan islam. Mereka telah berjaya menyumbangkan khazanah2 berharga pada bidang perubatan yang mana pada hari ini masih dianggap sebagai rujukan awal yang amat penting untuk bidang perubatan khususnya dan sains umumnya. Al Zahrawi Abul Qasim Khalaf ibnu Abbas dilahirkan di Madinatul Zahra berhampiran Kota Cordoba pada zaman kerajaan islam di Andalus (Sepanyol) sekitar tahun 936M. Beliau meninggal dunia pada tahun 1013M berumur 77 tahun. Beliau adalah dari keturunan Ansar Madinatul Munawwarah yang berhijrah ke Andalus.

Wednesday, April 16, 2008

Sungai Nil Tunduk Dgn Khalifah Umar Al-Khattab

... Petang ni, terdetik di hati SQ Commander nak post kisah Khalifah Umar Al-Khattab yg menundukkan makhluk ALLAH iaitu Sungai NIL atas asbab kekuatan iman yg dimilikinya dgn izin ALLAH SWT...sebenarnye kisah ni dah lame tau..cume teringat balik asbab dari dengar taqrir yang disampaikn oleh salah seorang dari Jemaah Dubai semalam kat Masjid Fontan (dekat ngn Hospital 7th)..so nak kongsi dgn sahabat2 sekalian...same2 la kite amik pengajaran dan sampai2kn kpd sahabat2 yg lain...





HAYATUS SAHABAH : Kisah Surat Saiyidina Umar Al-Khattab kepada Sungai NIL

Tatkala negeri Mesir mula ditakluki oleh tentara Islam Khalifah Umar Ibnul Khattab yang memerintah Kerajaan Islam ketika itu telah melantik Amru Bin Al As sebagai gabenor di Wilayah Islam yang baru itu. Amru Bin Al As memang terkenal seorang pahlawan Islam yang berani serta pentadbir yang cekap dan bijaksana.

HAK ASASI MANUSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM

HAK ASASI MANUSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM:
Beberapa Aspek Konsep dan Perbedaan
Motto:

وَالسَّمَاء رَفَعَهَا وَوَضَعَ الْمِيزَانَأَلَّا تَطْغَوْا فِي الْمِيزَانِوَأَقِيمُوا الْوَزْنَ بِالْقِسْطِ وَلَا تُخْسِرُوا الْمِيزَانَ

"Langit dijadikan Allah tinggi (mengawan), serta Allah menggariskan padanya neraca keadilan. (Dengan harapan) kamu semua tidak melampaui batas neraca keadilan. (Dalam masa yang sama) Tegakkanlah neraca sukatan dengan timbangan keadilan, dan janganlah sekali-kali kamu mengurangi timbangan (keadilan dengan mencuri timbangan)."
Surah al Rahman ayat: 7-9
Pengantar
Kezaliman, penindasan, penjajahan dan pencerobohan terhadap hak manusia dan bangsa-bangsa semakin terserlah kini. Kejahatan setara dengan peperangan dunia pertama, dan kedua terus dilakukan oleh manusia , bahkan dilakukan oleh negara yang dipanggil sebagai negara maju yang menghormati hak asasi manusia, seperti Amerika, Britain dan beberapa buah negara Eropah bersama negara penjajah Israel.
Bukan sedikit piagam hak asasi, Bill of Right perisytiharan hak asasi manusia yang telah disepakati dan diluluskan oleh P.B.B. dan Badan Badan Antarabangsa yang lain, namun kezaliman, penyiksaan terhadap manusia, penyeksaan tahanan di Guantanamo, Baghram, di Abu Gharib dan berbagai tempat rahsia lain tetap berlaku dengan dahsyatnya atas nama memerangi keganasan.

Sunday, April 13, 2008

Kenali Menteri Besar Anda...

MB SELANGOR – Tan Sri Khalid Ibrahim

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ialah Bendahari Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau pernah bertanding dalam pilihan raya kecil N.08 Ijok, Selangor pada 28 April 2007. Tetapi cubaan pertama beliau, tewas kepada calon muda MIC Barisan Nasional iaitu Cikgu K. Parthiban. Tan Sri Khalid adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Permodalan Nasional Berhad (1979-1994) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Kumpulan Guthrie Berhad (1995-2003).
Biodata
Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, P.S.M., D.P.M.S., D.S.A.P lahir pada 1946 di Kampung Jalan Raja Abdulah, Jeram, Kuala Selangor. Khalid Ibrahim belajar di Sekolah Melayu Jeram pada 1956 dan menduduki Special Malay Class. Seterusnya belajar di Sekolah Inggeris Kampung Kuantan. Khalid Ibrahim mendapat ijazah BA.Hons dalam jurusan Ekonomi dari Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Queensland, Australia pada 1975.

Saturday, April 12, 2008

DI MANA ALLAH DALAM KEKUATAN KAMU?



Ia bertanya, apakah kekuatan yang mendorong kamu untuk beramal dan menyampaikan risalah Allah?

DI MANA ALLAH DALAM KEKUATAN KAMU?

Pernah suatu ketika, seorang sahabat mendekati saya tika jiwa berkecamuk dengan cabaran-cabaran yang mendatang. Tampak jelas saya seolah-olah tidak mampu untuk berdiri teguh merentas hari-hari yang sarat dengan isu dan masalah. Sahabat itu, dengan galak matanya dan senyuman manisnya menyapaku dengan tenang. Ketenangan yang sudah agak asing bagi diri aku. Tidak banyak yang dilontarkan dari bibir sahabat itu. Namun, kata-katanya masih terngiang-ngiang di telinga, terpasak di minda dan mengakar di sanubari ini.

Saya masih ingat persoalan yang dilemparkan olehnya. Persoalan yang diajukannya membuatkan saya terpaku tanpa kata.

Ia bertanya, apakah kekuatan yang mendorong kamu untuk beramal dan menyampaikan risalah Allah?

Shift Your Paradigm 2




Sambungan... Alhamdulillah, post terbaru ini adalah kesinambungan dari siri pertama yang membawa sahabat2 menyelusuri sirah umat islam & seterusnya apakah masalah2 yg dihidapi oleh umat islam kini dan apakah peranan kita sebagai umat islam untuk mengembalikan kehebatan islam yang begitu gah di mata dunia suatu ketika dahulu... Sama2 kt fikirkan & ambil tindakan terhadap diri sendiri untuk koreksi diri.. Mudah-mudahan cita-cita ini diberkati dan diterima oleh Allah Taala... Ameen!!

(SQ Al-Akh)
satu Inovasi...satu Reformasi

Wednesday, April 9, 2008

Shift Your Paradigm 1


Alhamdulillah, lafazkan rasa syukur kepada Allah taala yang masih hidupkan kita lagi dengan nikmat IMAN dan ISLAM di akhir zaman ini. Akh nak bawa sahabat2 menyelusuri sirah kegemilangan Islam yang pada hari ini kian malap dimakan waktu. Suatu ketika dahulu, hebatnya umat ISLAM sehingga digeruni dan dihormati oleh kawan dan lawan. Namun pada hari ini, Mengapakah umat Islam hari ini mundur dan boleh dibaham oleh kuffar dengan begitu rakus? Salah siapakah ini? Masih hendak salahkan orang lain lagi? Tepuk dada.. tanya Iman masing2.. Hayatilah dan fikirkanlah dalam2. Insya Allah moga mendapat manfaatnya...

(SQ Al-Akh)
satu Inovasi...satu Reformasi

Tuesday, April 8, 2008

Kisah Mus'ab Bin Umair--Sahabat Nabi yang Unggul

Segala puji bg ALLAH swt, tuhan sekalian alam yg memberi ilham dan kekuatan bg SQ Commander utk terus mencurahkan sedikit informasi berkenaan hayatus sahabah (kisah-kisah sahabat) utk tatapan pengunjung blog yg setia mahupn tak ;p moge kisah yg dipost ni dpt mnjadi tauladan seterusnye same2 kite amalkan dan sampaikan kpd sahabat2 kite yg masih belum digerakkn hati oleh ALLAH swt utk melawat blog ni :)

> terbaru SQ Commander ingin memaparkan kisah Mus'ab bin Umair, seorang pemuda yg begitu gigih dlm mengembangkan ISLAM yg tercinta...ikuti kisahnya....

MUS’AB BIN UMAIR : Pemuda Dakwah


Mus’ab bin Umair adalah sahabat Rasulullah S.A.W. yang sangat berjasa dan menjadi teladan kepada umat Islam sepanjang zaman. Sebelum memeluk Islam, dia berperawakan lemah lembut, suka berpakaian kemas, mahal dan indah. Malah dia selalu bersaing dengan kawan-kawannya untuk berpakaian sedemikian. Keadaan dirinya yang mewah dan rupanya yang kacak menyebabkan Mus’ab menjadi kegilaan gadis di Makkah. Mereka sentiasa berangan-angan untuk menjadi isterinya.


Mus’ab sebenarnya adalah anak yang paling disayangi ibunya berbanding adik beradiknya yang lain. Apa sahaja permintaannya tidak pernah ditolak. Oleh itu tidaklah menghairankan apabila ibunya begitu marah selepas mendapat tahu Mus’ab telah menganut Islam. Ibunya telah mengurung dan menyeksa Mus’ab selama beberapa hari dengan harapan dia akan meninggalkan Islam. Bagaimanapun tindakan itu tidak sedikit pun melemahkan keyakinannya. Pujukan dan ancaman ibunya tidak berkesan. Mereka sudah habis ikhtiar lalu membebaskannya buat sementara.

Sunday, April 6, 2008

Hijab in Europe

assalamualaikum...

setelah menyaksikan clip video pendek itu tadi apa pandangan anda tentang situasi umat Islam yang berusaha mencari kebenaran berbanding mereka yang menerima agama Islam secara lahiriah? Di dalam konteks memelihara aurat bagi kaum wanita setakat manakah kita memeliharanya sebaik mungkin....tepuk dada tanya iman

(SQ mfaistsss)

satu Inovasi...satu Reformasi

PEMIDATO BERKALIBER PEMIMPIN BERWIBAWA

بسم الله الرحمن الرحيم

Hasil Nukilan : Ustaz Hj. Nasrudin Hj Hassan At Tantawi

Pidato adalah uslub da’awah yang hidup dan praktikal. Ianya mampu menggerakkan sentimen madu’u mengikut maudhu’ pidato dan aksi pemidato, justeru pidato juga adalah satu-satunya uslub da’awah yang mampu menghimpunkan deria utama madu’u seperti mata, telinga dan aqal.

Baginda Rasul s.a.w. adalah seorang pemidato agong yang diutus khas oleh Allah s.w.t. ke muka bumi ini guna menyebarkan risalah Ilahi sekaligus membasmi kejahilan dan kedholiman. Sejurus turunnya ayat:

و أنذر عشيرتك الأقربين

maka baginda rasul s.a.w. terus mendaki bukit Safa lantas berpidato: (antara sedutan pidato baginda)

أرايتكم لو أخبرتكم أن خيلا بالوادى تريد أن تضير غليكم أكنتم مصدقي

قالوا ما جربنا عليكم إلا صدقا

قال فإني نذير لكم بين يدي عذاب شديد

فقال أبو لهب : تبا لك سائر اليوم ألهذا جمعتنا .......فنزلت : تبت يدا أبى لهب

PEMIDATO BERKALIBER PEMIMPIN BERWIBAWA

Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"

(Fussilat: 33)

Ahaadeeth Describing Rasulullah (pbuh)


Hadhrat Hasan bin Ali r.a says that he once asked his uncle Hadhrat Hind bin Abi Haalah to describe Rasulullaah (pbuh) because he could describe excellently. His reason for asking for a description of Rasulullaah (pbuh) was to adopt something of the description (because Hadhrat Hasan bin Ali r.a was only seven when Rasulullaah pbuh passed away, he did not have sufficient opportunity to study the appearance of Rasulullaah pbuh in much detail).

Hadhrat Hind bin Haalah ra ,began, "Rasulullaah (pbuh) was of-outstanding stature, appearing such to others as well.




  • His face shone brightly like the full moon at night. He was taller than the average person yet shorter than a lanky person.
  • His head was gracefully large and his hair had gentle curls. If his hair formed a path, he would leave it that way, otherwise he never took pains to make one (while he would make a path if a path formed easily, he would not take pains to make one if it became difficult).

Saturday, April 5, 2008

Mukmin Pro?... Satu Inovasi Satu Reformasi






Mukmin Pro? Setelah lama kami memikirkan nama blog yang hendak diletakkan, akhirnya kami mencapai kata sepakat memilih Mukmin Pro sebagai blogspot kami sebagai wadah pemikiran para pelajar yang memegang hablullah (tali Allah) sebagai batu asas dalam memperjuangkan Islam di mata dunia. Maka , terbitlah MUKMIN PRO ... satu Inovasi satu Reformasi.

....................................................................................................................................................................

Mukmin (bahasa Arab: مؤمن) ialah orang yang beriman kepada Allah Yang Maha Esa. Beliau merupakan setingkat yang lebih tinggi dari Muslim.

“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam sembahyangnya, Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, Dan orang-orang yang menunaikan zakat, Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; Maka Sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada terceIa. Barangsiapa mencari yang di balik itu, Maka mereka Itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya. Dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya. Mereka Itulah orang-orang yang akan mewarisi, (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. mereka kekal di dalamnya.” (QS 23:1-11)

Kriteria Mukminun:

1. orang-orang yang khusyu’ dalam sembahyangnya

2. orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna

3. orang-orang yang menunaikan zakat

4. orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki (Barangsiapa mencari yang di balik itu, Maka mereka Itulah orang-orang yang melampaui batas)

5. orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya

6. orang-orang yang memelihara sembahyangnya

Pahala bagi Mukminun:

* mereka yang akan mewarisi syurga Firdaus

* mereka kekal di dalamnya

(SQ: al-akh,mfaistsss,commander)


Visitor Map