Wednesday, April 16, 2008

Sungai Nil Tunduk Dgn Khalifah Umar Al-Khattab

... Petang ni, terdetik di hati SQ Commander nak post kisah Khalifah Umar Al-Khattab yg menundukkan makhluk ALLAH iaitu Sungai NIL atas asbab kekuatan iman yg dimilikinya dgn izin ALLAH SWT...sebenarnye kisah ni dah lame tau..cume teringat balik asbab dari dengar taqrir yang disampaikn oleh salah seorang dari Jemaah Dubai semalam kat Masjid Fontan (dekat ngn Hospital 7th)..so nak kongsi dgn sahabat2 sekalian...same2 la kite amik pengajaran dan sampai2kn kpd sahabat2 yg lain...





HAYATUS SAHABAH : Kisah Surat Saiyidina Umar Al-Khattab kepada Sungai NIL

Tatkala negeri Mesir mula ditakluki oleh tentara Islam Khalifah Umar Ibnul Khattab yang memerintah Kerajaan Islam ketika itu telah melantik Amru Bin Al As sebagai gabenor di Wilayah Islam yang baru itu. Amru Bin Al As memang terkenal seorang pahlawan Islam yang berani serta pentadbir yang cekap dan bijaksana.

Semasa Amru Bin Al As menjadi gabenor Mesir, suatu peristiwa ganjil telah berlaku. Air sungai Nil dikatakan akan berhenti mengalir beberapa bulan lagi dan penduduk-penduduk Mesir bercadang untuk melakukan upacara jahiliah iaitu mengorbankan seorang anak gadis yang cantik ke dalam sungai itu. Anak gadis itu akan dihias dengan rantai serta gelang yang bertatahkan emas terlebih dahulu sebelum dijadikan korban Sungai Nil. Mereka mendesak Amru Bin Al As supaya melakukan upacara itu. Beliau yang sebagai pemerintah Islam dan tokoh sahabat Rasulullah SAW tentu sekali berkeras tidak mahu melakukan sebab terang sekali bertentangan dengan ajaran Islam yang suci. Tidak berapa lama kemudian air sungai Nil benar-benar mulai kering. Oleh kerana pertanian di negeri Mesir itu bergantung kepada air sungai tersebut, penduduk-penduduk pun menjadi semakin cemas. Ada sebahagian mereka terpaksa berpindah ke kawasan tanah lain yang lebih subur. Keadaan ini akhirnya memaksa Amru Bin Al As menulis surat kepada Khalifah Umar Ibnul Khattab di Madinah untuk meminta pandangannya. Amru Bin Al As sendiri merasa serba salah tentang bagaimana hendak menyelesaikan masalah yang dihadapinya itu. Tidak lama kemudian Saiyidina Umar Ibnul Khattab pun mengirim jawapannya melalui sepucuk surat. Tetapi tatkala surat itu sampai ke tangan Amru Bin Al As, gabenor Mesir itu didapatinya surat itu tidak ditujukan kepadanya bahkan kepada Sungai Nil itu sendiri. Sebelum Amru Bin Al As mencampakkan surat itu ke dalam Sungai Nil yang hampir kekeringan itu ia sempat juga membaca isi surat itu yang berbunyi kira-kira demikian:


"Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang"
"Surat ini dikirimkan kepada Sungai Nil oleh Umar, hamba Allah dan Amirul Mukminin.
"Wahai Sungai Nil! Jika air yang mengalir di sungai ini adalah atas kuasamu maka ketahuilah bahawa kami tidak sedikit pun berhajat (memerlukan) kepadamu, tetapi jika ianya mengalir di atas kekuasaan Allah SWT maka kepadaNya kami memohon agar mengalirkan air di sungai ini."



Setelah surat itu dicampakkan oleh Gabenor Amru ke dalam sungai tersebut, adalah diriwayatkan bahawa sungai itu pun dipenuhi semula oleh air sedalam empat-puluh lapan kaki pada malam itu. Semenjak hari itu lenyaplah amalan-amalan jahiliah yang lama lagi karut itu di kalangan penduduk Mesir.


....Begitulah Iman dan keyakinan yg sepenuhnya (100%) kepada ALLAH swt yg ditunjukkn oleh para sahabat r.anhum ajmain yg wajib diambil iktibar dan contoh tauladan oleh umat islam zaman sekarang...Moge ALLAH SWT kurniakan hidayah serta petunjuk kpd kita agar diberi kekuatan iman dan amal dalam agama ALLAH..insyaallah..ameen...



(SQ Commander)

satu Inovasi...satu Reformasi

1 comment:

Ibnu Saif said...

HebaTnYa AllaH SWT dalaM MenenTukan SemuaNya deNgan AdiL dan SakSaMa... SemoGa Iman dan YakiN kita Selari DengaN KatA2 yaNG DiloNtarKan.. YakiN 100%.. BukaN 99.999999%....

KeyaKinaN MemBuka MinDa..
KeaRah FikRah IslaMi yaNG leBih SyuMul..
MukMin Pro..
RanTai PenguBah FikiRan..
AmaL SunnaH.. JunJungaN AbaDi...

SunnaH BukaN SetaKat KeyaKinaN..
TaPi KerJa.. aMal...
Yang IstiQamaH.. TersusuN..
BerhikMah.... Dan BanyaK lAgi.. Itu Semua SunnaH...
Yang BakaL MenGubaH seluRuh MasyaRakaT Islam..
TidaK Kira DimaNa Jua....

SalaM KasiH dan SayaNG......
Dr Al-BasaYuv...


Visitor Map