Thursday, April 17, 2008

Pakar Bedah islam- al-Zahrawi (Albucacis)

Pakar Bedah islam- al-Zahrawi (Albucacis)

Al-Zahrawi dilahirkan di satu bandar berhampiran Cordova pada 936M, adalah salah seorang daripada pakar bedah terulung di zamannya. Ensiklopedia hasil tulisan beliau telah dijadikan standard rujukan bidang pembedahan di semua universiti Eropah selama lebih 500 tahun. Ahli-ahli sains islam, Ibnu-Sina, al-Razi, dan al-Zahrawi (nama penuhnya Zahrawi Abul-Qasim) adalah pelopor2 terawal bidang perubatan islam. Mereka telah berjaya menyumbangkan khazanah2 berharga pada bidang perubatan yang mana pada hari ini masih dianggap sebagai rujukan awal yang amat penting untuk bidang perubatan khususnya dan sains umumnya. Al Zahrawi Abul Qasim Khalaf ibnu Abbas dilahirkan di Madinatul Zahra berhampiran Kota Cordoba pada zaman kerajaan islam di Andalus (Sepanyol) sekitar tahun 936M. Beliau meninggal dunia pada tahun 1013M berumur 77 tahun. Beliau adalah dari keturunan Ansar Madinatul Munawwarah yang berhijrah ke Andalus. Sumbangan besarnya kepada bidang perubatan ialah ensiklopedia perubatannya “’at-Tasrif li-man ajiza an Al-talif” yang mempunyai 30 jilid. Ensiklopedia ini disempurnakan pada tahun 1000M yang berhasil daripada pendidikan dan pengalamannya dalam perubatan selama 50 tahun. Beliau menulis di akhir kitabnya: Segala yang ku ketahui, adalah dari pembacaan kitab-kitab dahulu, dan dari keinginanku untuk memahaminya dan melaksanakan pengetahuan sains ini; kemudian aku lengkapi dengan pemerhatian dan pengalaman dari seluruh hidupku” Al-Zahrawi At-Tasrif adalah sebuah ilustrasi pengamalan perubatan dan pembedahan. Sebagai sebuah ensiklopedia setebal 1500 halaman, ia membuktikan al Zahrawi bukan hanya seorang ilmuan perubatan malah adalah seorang pakar yang mempraktikkan pengetahuan perubatan dan pembedahannya. Ia mempengaruhi dan memajukan bidang pembedahan Eropah. At-Tasrif memuatkan 30 bab dan ditujukan kepada pelajar-pelajar perubatan dan juga doktor-doktor yang mana ia menjadi ‘teman’ dalam pelbagai situasi masalah kerana ia mengandungi jawapan dan penyelesaian-penyelesaian klinikal yang banyak. As-Tasrif mengandungi gambar-gambar peralatan pembedahan terawal di dalam sejarah, lebih kurang 200 gambarajah peralatan pembedahan dipapar dan dijelaskan di dalamnya. Di setengah-setengah tempat, cara penggunaan peralatan tersebut dan prosedur pembedahan yang menggunakannya turut dimuatkan. Bab 1 dan 2 telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin sebagai “Liber Theoricae”, yang mana dicetak di Augusburg pada 1519. Di dalam bab-bab ini, al-Zahrawi memperjelaskan 325 jenis penyakit dan turut membincangkan simptom-simptom dan rawatan-rawatan yang diperlukan. Dalam folio 145, beliau menjelaskan untuk kali pertama didalam sejarah perubatan satu penyakit baka yang dibawa oleh ibu-ibu yang tidak menunjukkan simptom tetapi menyebabkan anak-anak lelaki mereka dijangkiti penyakit tersebut. Kini, ia dipanggil hemophilia. Bab 28 menceritakan tentang perihal ubat-ubatan (farmasi) dan diterjemahkan ke dalam bahasa Latin seawal tahun 1288M dan diberi tajuk “Liber Servitoris”.



Di antara kesemua bab-bab at-Tasrif al-Zahrawi, bab 30, dalam tajuk pembedahan, muncul sebagai tulisannya yang paling masyhur dan setakat ini paling meluas sebarannya dan paling besar kesannya kepada bidang pembedahan. Diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Gerard of Cremona (1114-1187) ia diulang cetak sekurang-kurangnya dalam 10 edisi yang diperbaiki dalam tahun 1497 hingga 1544M. Edisi terakhir dicetak oleh John Channing di Oxford (1778M) yang mempunyai teks Arab dan Latin di muka surat sebelah menyebelah. Hampir keseluruhan penulis-penulis kitab perubatan Eropah dari abad ke-12 hingga ke-16 merujuk kepada pembedahan yang dilakukan al Zahrawi malah menirunya. Ini adalah termasuk Roger of Salerno (d. 1180), Guglielmo Salicefte (I201-1277), Lanfranchi (d. 1315), Henri de Mondeville (1260-1320), Mondinus of Bologna (1275-1326), Bruno of Calabria (1352), Guy de Chaulliac (1300-1368), Valescus of Taranta (1382-1417), Nicholas of Florence (d. 1411), Leonardo da Bertapagatie of Padua (d. 1460).


Kitab al Zahrawi yang telah diterjemah ke dalam bahasa latin


Teks pembedahan al Zahrawi setebal 300 muka surat (bab 30, at-Tasrif) merupakan kitab pertama dalam saiz seperti ini yang ditujukan sepenuhnya untuk bidang pembedahan yang pada masa itu termasuk bidang pergigian dan pembedahan gigi. Di dalam kitab ini, al Zahrawi membangunkan semua aspek pembedahan dan cabang-cabangnya, penyakit-penyakit oftalmologi- telinga hidung dan tekak, kepala dan leher, pembedahan umum, sakit puan (obstetrics and gynaecology), perubatan ketenteraan, urologi (sistem perkumuhan) dan ortopedik (tulang). Beliau membahagi bab ini kepada 3 bahagian; i) pengkauteran (56 bahagian) (cauterization- teknik pembakaran bahagian badan untuk merawat luka dsb) ii) pembedahan (97 bahagian) dan iii) ortopedik (tulang) (35 bahagian). Tidak hairanlah al Zahrawi telah berjaya menjadikan Eropah menggunakan bahasa Aran di dalam bidang perubatan, hingga kitabnya dikatakan “mencapai tahap tertinggi sebagai kitab perubatan ulung di Kristian Barat”.

al- Zahrawi dihormati sarjana Barat terdahulu dan sekarang Serefeddin Sabuncuoglu (1385-1468) adalah seorang pakar bedah yang tinggal di Amasia tengah Anatolia, Turki. Beliau menulis sebuah kitab perubatan “Cerrahiye-tul- Hanniyye” pada tahun 1460 ketika beliau berumur 80 tahun selepas berkhidmat sebagai ketua pakar bedah di Hospital Amasiya (Darussyifa’) selama bertahun-tahun. Kitabnya “Cerrahiye-tul- Hanniyye” di persembahkan kepada Sultan Mohammad al Fateh tetapi manuskrip asalnya hilang hinggalah kemunculannya pada tahun 1920an. Kitab ini adalah terjemahan kitab at-Tasrif karya al-Zahrawi tetapi ditambah lagi dengan pengalaman dan komen-komen menarik terhadap aplikasi pembedahan al-Zahrawi dan setiap prosedur pembedahan diilustrasikan di dalam kitab baru ini. William Hunter (1717-1783) used Arabic manuscripts brought from Aleppo for his study on Aneurysm. In the University of Glasgow one can find a paper written under the title ‘William Hunter and his Arabic Interest’. There was also a chapter in Sir Charles lllingworth’s biography of William Hunter entitled " The story of William Hunter published from Edinburgh by E. S. Livingstone published in 1967. Chapter 9 page 58 was devoted on flavour of Arabic work of Albucasis which has been in his study and was obtained on his behalf from Aleppo in Syria an Arabic manuscript of al-Tasrif. William Hunter (1717-1783) menggunakan manuskrip Arab yang dibawa dari Aleppo untuk pengajiannya tentang Aneurysm. Di Universiti Glasgow, sebuah kertas kerja yang bertajuk “William Hunter and his Arabic Interest” boleh didapati. Di dalam biografi William Hunter karya Sir Charles Illingworth juga terdapat satu bab bertajuk “The story of William Hunter” diterbitkan di Edinburgh oleh E. S. Livingstone pada 1967. Bab 9 muka surat 58 ditujukan untuk mengakui pengaruh Arab islam karya al-Zahrawi yang telah menjadi sebahagian daripada kaya Hunter sendiri yang didapatinya dari Aleppo, Syria sebuah manuskrip Arab at-Tasrif. Manuskrip tertua yang ditulis di England sekitar 1250M menurut British Medical Journal mempunyai fakta-fakta yang ‘mengejutkan’. Merujuk kepada siri-siri karya al Zahrawi:

“Peninggalan yang menarik ini mengandungi 89 helaian muka surat, ditulis dalam skrip gothic yang indah di dalam bahasa Latin. Karya ini mengandungi 6 wacana yang berbeda, di mana yang pertama iaitu yang paling penting ialah DE CHIRURGIA OF ALBU-MASIM (Al Zahrawi Abul Qasim). Ia meliputi 40 muka surat, 3 daripadanya telah hilang, ia mampu untuk diketengahkan sebagai teks perbuatan tertua yang masih wujud yang ditulis di England sendiri” Nova Vetera BMJ July 8, 1939 pp 80-81.

Kesimpulannya, “al-Zahrawi bukan sahaja salah seorang dari pakar bedah islam yang terulung tetapi juga seorang pakar pendidikan dan pakar sakit jiwa. Beliau menumpukan cukup banyak bahagian di dalam kitab at-Tasrifnya untuk pendidikan kanak-kanak dan kurikulum sekolah etika pemakanan di atas meja (table manner) dan pengkhususan akademik.” Professor S. Hamarneh (Health Sciences in Islam). Di Bandar kelahirannya, Cordoba, sebatang jalan telah diberikan nama ‘al-Zahrawi’ sebagai memperingati jasa beliau. Bersebelahan sungai Wadi al Kabir di tepi Calla Hurra Museum, peralatan-peralatan ciptaannya di pamerkan sebagai satu lagi peringatan untuknya. Satu lagi penghormatan untuk beliau ialah 200 alat pembedahan ciptaanya di buat semula dengan emas oleh Professor Fuad Sezgin dan dipamerkan pada 1992 di Madrid Archaeological Museum dan di catalog El-Legado Scientifico Andalusi yang mempunyai banyak gambar-gambar berwarna berkualiti tinggi peralatan dan manuskrip al Zahrawi. Hakim Saead dari Yayasan Hamdard, Karachi Pakistan mempunyai pameran tetap peralatan beda al Zahrawi yang dibuat daripada perak di perpustakaannya dan juga telah diterbitkan di dalam sebuah buku kecil berwarna. Professor Ahmed Dheib dari Tunis juga telah mengkaji peralatan bedah al Zahrawi dan membuatnya semula untuk dipamerkan di 36th International Congress for the History of Medicine yang diadakan di Bandar Tunis, Tunisia. Ahmed Dheib juga telah menerbitkan sebuah buku yang memaparkan ilustrasi semua peralatan bedah al Zahrawi secara terperinci di dalam 3 bahasa iaitu Perancis, Arab dan English dengan tajuk ‘Tools of Civilisation’

(SQ Al-Akh)
satu Inovasi...satu Reformasi

No comments:


Visitor Map