Sunday, January 23, 2011

Memahami Konsep Riba - Siri Akhir

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Assalamualaikum w.b.t

InshaAllah post ini merupakan sambungan buat post lepas dan juga post terakhir dalam menyatakan tentang riba.

Berikut disenaraikan beberapa rujukan dan website yang boleh dilayari dalam memahami konsep riba dan juga kepentingan untuk kembali menggunakan sistem dinar dan dirham:

1. Ceramah dan penulisan oleh Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman
2. Accounting and Auditing Organisation for Islamic Financial Institutions

3. Ceramah oleh Umar Vadillo

4. Kitab Fiqh Syafii (dalam bab muamalat)

5. Tafsir Ibnu Kathir (surah Al-Baqarah ayat 275-279 dan surah Ali-Imran ayat 130)

6. E-dinar.com

7. Saudara Syazwan

InshaAllah Allah membantu hamba-hambanya yang sentiasa mencari kebenaran.

Assalamualaikum w.b.t.

Tulisan ini bukanlah merupakan tulisan ilmiah dan tujuan penulisan ini hanya untuk membuka minda pembaca terutama dari golongan pelajar khususnya warga csmu yang akan memasuki alam pekerjaan dan terlibat secara langsung dalam hal pengurusan wang dan harta. Adalah tidak molek jika seorang Islam itu mengerjakan suatu perkara sedangkan dia tiada pengetahuan dari segi Islam dalam mengerjakan perkara tersebut. Mudahlah musuh-musuh Islam meracuni pemikiran dia apabila dia mengerjakan suatu perkara tanpa menjadikan Islam sebagai asasnya. Penulis bukanlah dari lepasan jurusan agama dan tulisan ini hanyalah bertujuan sebagai pembuka minda dan pencetus reaksi untuk mendalami ilmu agama. Sila rujuk kepada ustaz-ustaz dan mereka yang ahli untuk memastikan agar tidak tersesat. Sekiranya ada kesalahan dalam artikel bolehlah menghubungi penulis untuk memperbetulkan dan sertakan sekali sumber rujukan. Mengambil kata-kata Dr. Zakir Naik "Taqlid itu hak Allah dan Rasulnya, janganlah kamu bertaqlid selain Allah dan Rasulnya, janganlah kamu bertaqlid selain Allah dan Rasulnya, janganlah kamu bertaqlid selain Allah dan Rasulnya."

satu Inovasi...satu Reformasi

Saturday, January 8, 2011

Jual Beli Itu Semacam Riba

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Assalamualaikum w.b.t

InshaAllah post ini merupakan sambungan buat post lepas dalam menyatakan tentang riba http://mukminpro.blogspot.com/2010/12/penambahan-dan-penangguhan.html

"Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan perkaranya terserahlah kepada Allah dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya." (surah Al-Baqarah ayat 275)

Di dalam Tafsir Ibn Kathir mengulas:


Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba.

Friday, January 7, 2011

Check Email Ingat Nak Clear Inbox Sikit Tapi....Wah!


from Seutas Renungan, Tasbih Perjuangan by Mohd Yusof Hadhari Bin Saidon

Untuk pengetahuan ustaz,ibu saya telah menyuruh saya memakai tudung ketika saya berumur 13 tahun lagi. Saya hanya menurut katanya kerana bimbang dimarahi. Walaupun begitu, sekarang saya tidak lekat memakai tudung. Ini diketahui oleh ibu saya, dia hanya mampu membebel dan berkata, adik nak buat dosa, adik tanggung la sendiri, ibu dah buat apa yang patut.

Sekarang saya sudah bekerja dan hanya memakai tudung di tempat kerja sahaja kerana di tempat saya, tindakan undang-undang akan dikenakan sekiranya pekerja tidak memakai tudung. Saya tahu hukum tidak menutup aurat, tetapi buat waktu sekarang, hati saya tidak terbuka lagi untuk terus menutup aurat (rambut dan leher).

Cara pemakaian saya tidak seperti rakan-rakan saya yang menutup aurat. Mereka bertudung tetapi pemakaian mereka tidak melambangkan imej mereka. Baju, seluar ketat yang menampakkan susuk tubuh.

Bagi yang memakai baju kurung, ada yang dari kain yang nipis dan jarang. Bagi yang berbaju kebaya, ianya terlalu ketat, berkain belah sehingga menampakkan betis dan jarang. Ada yang tidak memakai seluar tetapi memakai skirt panjang. Walaupun begitu, ianya ketat dan menampakkan garis pakaian dalam yang dipakainya.

Friday, December 31, 2010

Penambahan dan Penangguhan



























Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Assalamualaikum w.b.t

InshaAllah post ini merupakan sambungan buat post lepas dalam menyatakan tentang riba http://mukminpro.blogspot.com/2010/12/maksud-riba.html .

Merujuk kepada hadis nabi s.a.w. :

Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata: “Telah bersabda Rasulullah s.a.w: “Menjual (menukar) emas dengan emas mesti sama timbangannya, sama nilainya (kualitinya), dan menjual perak dengan perak mesti sama timbangannya, sama nilainya dan sesiapa yang menambah dan meminta lebih sesungguhnya itu telah menjadi riba. Dan pada riwayat lain berbunyi: Menjual tamar dengan tamar, dan menjual gandum dengan gandum, dan syair dengan syair, dan garam dengan garam, mesti sama nilainya, sama timbang terima, maka sesiapa yang menambah dan minta tambah, maka sesungguhnya telah jadi riba, melainkan barang-barang yang berlainan jenisnya.” (Riwayat Muslim)

Barang-barang yang disebut dalam hadis ini antaranya emas, perak, tamar, gandum, syair (sejenis roti yang banyak fiber) dan garam adalah barang-barang ribawi (iaitu barang-barang yang boleh mendatangkan riba).

Monday, December 27, 2010

Maksud Riba

(Gambar hiasan: Buku karangan Ustaz Zaharuddin Abd.Rahman)

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Assalamualaikum w.b.t


Topik berkaitan riba merupakan satu topik yang sukar untuk dibincangkan kerana riba merupakan antara perkara yang terselindung di sebalik urusan jualbeli dan juga perniagaan. Malah riba juga mampu menyelinap masuk dalam urusan hutang dan pinjaman. Di dalam Tafsir Ibnu Kathir dalam tafsir surah Al-Baqarah ada mengambil kata-kata khalifah Islam Umar bin Al-Khattab yang menyebut:


"Saya berharap Rasulullah s.a.w. menjelaskan 3 perkara buat umatnya, supaya dapat kita memahaminya dari pemahaman baginda:



1] Pewarisan harta cucu kepada datuknya

2] 'Kalalah' iaitu berkaitan harta mereka yang ketika meninggal tidak mempunyai waris langsung

3] dan beberapa jenis riba."


Umar bin Al-Khattab merujuk kepada beberapa jenis transaksi yang tak pasti samada berlaku riba atau tidak dalam transaksi tersebut.


Untuk memahami apa itu riba mari kita lihat definisi riba dari beberapa kitab...

Sunday, December 19, 2010

Menghidupkan Kembali Muamalah Islam


InshaAllah tazkirah bulan ini akan memfokuskan kepada 4 topik berkaitan muamalah Islam:



1. Memahami Sistem Riba

2. Sejarah Duit Kertas

3. Zakat

4. Sistem Dinar dan Dirham



Surah Al-Baqarah

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman. (278)
Kalau kamu tidak melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: Akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat) dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. (279)

Ayat di atas jelas menunjukkan betapa Allah s.w.t. memberi ancaman yang keras tentang amalan riba. Pengisytiharan perang kepada mereka yang mengamalkan riba oleh Allah s.w.t. menunjukkan betapa celakanya pengamal riba kerana biar bertimbun amal soleh yang dilakukan oleh pengamal riba adalah sia-sia. Lebih menakutkan lagi semua ayat yang diturunkan berkaitan riba dimulakan dengan Wahai orang-orang yang beriman! yang menunjukkan sekiranya seseorang itu tidak mempunyai iman, pasti tidak akan dilihat dan diambil iktibar dari ayat-ayat Al-Quran yang menceritakan tentang riba.

InshaAllah bersama-samalah kita menjayakan Bulan Menghidupkan Kembali Muamalah Islam ini dengan memperbanyakkan ilmu pengetahuan tentang muamalah Islam.

Satu Inovasi Satu Reformasi...

Saturday, November 27, 2010

Antara 2 Cinta



Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap
Baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana di padang pasir
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidakku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cinta-Mu kuharap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh

satu Inovasi...satu Reformasi

Friday, October 29, 2010

Bijakkah Al-Quran?

Assalamualaikum w.b.t.


Bijakkah Al-Quran? hmm... apa cerita ni? Apa maksud bijak? Bijak maknanya yang boleh menyelesaikan masalah, yang boleh memberi panduan, yang boleh diikut, tiada salah, tiada yang boleh dipertikaikan. Jadi bijakkah Al-Quran?


Cuba kita lontarkan persoalan bijakkah Al-Quran ini kepada diri sendiri... apa jawapan yang akan diberi oleh diri kita? Tentulah bijak Al-Quran! Di dalamnya terisi segala panduan dan bekalan yang diperlukan oleh manusia untuk mengharungi kehidupan di dunia dan akhirat. Di dalam Al-Quran tertulis akhlak yang harus ada bagi manusia antaranya menjalani kehidupan berdisiplin dengan cara solat fardhu 5 waktu pada awal waktunya, sayang dan hormat kepada keluarga terutamanya kepada ibu bagi si anak dan suami bagi si isteri, menghormati maruah sesama manusia dengan adanya peraturan aurat dan banyak lagi.


Jadi satu persoalan lagi yang perlu kita tanya pada diri sendiri, pandaikah saya guna Al-Quran? Secara sedar atau tidak, Al-Quran sememangnya bijak dan kita mampu menghuraikan kebijaksanaan Al-Quran sehingga membuatkan rakan2 kita kagum dengan kepetahan kita menghuraikan kebijaksanaan Al-Quran namun kebijaksanaan Al-Quran tidak ada faedahnya sekiranya kita tidak pandai menggunakan Al-Quran.


InshaAllah sama2 kita mengamalkan isi kandungan Al-Quran di dalam kehidupan kita. Bangkitlah wahai jiwa yang masih lena!


Tazkirah ini bukan ditulis untuk menyakitkan hati sesiapa tetapi untuk menyedarkan diri penulis terutamanya dan juga seluruh umat Islam agar menggunakan potensi Al-Quran semaksima mungkin. InshaAllah.


satu Inovasi...satu Reformasi

Wednesday, May 20, 2009

Hijab is Freedom not Oppression

Assalamualaikum w.b.t

To Curious...

What is the real reason of the rules of 'tutup aurat' (cover all bodies with clothes and wear veil which cover chest and ribs) ?

First of all, your question is a very good question because this matter is stated directly in the Quran and shows the importance for us to obey them. To answer your question, we will use Tafsir Ibn Kathir (as explained later) because the Quran cannot simply be translated. Ones need wide range of knowledge (ex: where the ayat revealed, why it was revealed etc) to get the real meaning of Quran and certain ayat only Allah The All-Knowing knows the true meaning of them as in first ayat in Surah Al-Baqarah which consist of only 3 letters


which is in roman alphabet A,L,M.

Wednesday, May 6, 2009

Black Stone Is Just A Stone

Assalamualaikum w.b.t

To Durriyyah...

What is the function of aswad stone in one of the corner in kaabah?

Hajarul Aswad or Black Stone located at the eastern cornerstone of the Kaaba. The Stone is roughly 30 cm (12 in.) in diameter, and 1.5 meters (5 ft.) above the ground. We touch or kiss it in order to honor us with association with the great Prophet Muhammad s.a.w. We don’t exaggerate in our love for it. We do kiss it because our Prophet Muhammad s.a.w did so.

There are various reports concerning the origin of the Black Stone, but most of them are of doubtful origins. In Islam, we should not base our belief on sources which we cannot verify one hundred percent. The only fact that we can certainly establish is that it was put there by Prophet Ibrahim and Ismail (peace be upon them both) by the order of Almighty Allah, and the purpose of it was to indicate the beginning of tawaf (Circumambulation of the Ka`bah).

Saturday, April 4, 2009

Prinsip ketaatan, syura dan sikap raja-raja

Ketika Ratu Balqis menerima sepucuk surat daripada Raja Sulaiman a.s, ratu itu telah bermesyuarat terlebih dahulu dengan mengumpulkan pendapat berhubung pendirian yang harus ditegakkan untuk mendepani seruan Tauhid oleh raja Bani Israel tersebut.

Ratu Balqis menyedari akan perihal kekuatan bala tentera Raja Sulaiman. Ratu telah mendengar kekuasaan dan kekuatan Raja Sulaiman itu bukan calang-calang. Bani Israel itu pernah ditakluk Jalut. Kemudian dibangkitkan Talut untuk mendepani Jalut.

Setelah itu, Jalut terbunuh oleh salah seorang tentera bernama Daud. Dan dengan kerana itulah Daud akhirnya diangkat sebagai raja yang bijaksana. Kini, anaknya Sulaiman telah mengambil takhta dan kedudukannya sebagai raja Bani Israel yang baru.

Ratu Balqis pernah mendengar kehebatan Daud. Baginda boleh melembutkan besi keras dengan tangannya. Tetapi, Daud juga gemar bersuluk sendirian menyanyikan lagu pujian kepada Tuhan dengan kitab Zabur (Mazmur).

Suaranya yang gemersik itu menyebabkan haiwan dan burung-burung yang berterbangan menjadi jinak, terpaku lalu ikut sama bertasbih mengelilingi Daud tatkala gurindam lagu pujian kemesraan kepada Tuhan itu didendangkan.

Pada zaman anak Daud, iaitu Sulaiman, burung-burung itulah yang menjadi bala tentera anak-anaknya. Sulaiman memahami jalan bahasa haiwan.

Dan, tadi Ratu Balqis telah menerima sepucuk surat daripada burung Hud Hud yang kini diangkat sebagai 'wartawan ' baru bagi mewakili Raja Sulaiman itu.

Monday, December 15, 2008

Monday, October 27, 2008

'The Message' - The Story of Islam (1976)

Assalamualaikum kepada semua pembaca mukminpro.blogspot.com, terima kasih kerana menyokong dan masih setia bersama kami walaupun sudah 2 bulan tiada post terbaru yang di-upload. Sebagai tanda penghargaan kami kepada semua kami ingin mengetengahkan satu filem yang sangat menarik untuk tontonan semua... terimalah 'The Message' - The Story of Islam (1976).



p/s : kami akan menyiarkan sambungan filem ini dari semasa ke semasa so...check it out guys :) atau anda boleh dapatkan sambungannya dengan melayari youtube.com

satu Inovasi...satu Reformasi

Thursday, June 19, 2008

Kenaikan Harga minyak.. Bebanan atau Pengorbanan?








Isu-isu yang dikupas ialah:
1. Minyak sudah naik .. Apakah apa yang diambil pendekatan oleh kerajaan itu adalah situasi menang-menang?

Dato 'Aziz: Beraanggapan bahawa kerajaan begitu bertanggungjawab.. tahu bebanan rakyat.. bagi subsidi.. so menang-menang la.. ada perkara diluar kemampuan untuk kita kawal.. tapi kita mampu kawal diri kita.. kita tidak leh hidup seperti hari semalam.. tapi kita kena hidup seperti hari ini .. harga minyak di indonesia pun mahal.. tengok jenis minyak yang ada

Saturday, May 31, 2008

Ghazwah Hunain


HUNAIN
- Satu Pengajaran dari Satu kekalahan


Penaklukan dan pembukaan Mekah oleh umat islam telah mengundang kepada ketidaksenangan kebanyakan kaum musyirikin di persekitaran Mekah terutama daripada puak Hawazin dan Thaqif. Mereka ini antara golongan yang terkejut, malah kebingungan dengan kejayaan umat islam membuka kota Mekah namun mereka tidak dapat berbuat apa-apa tetapi mereka juga tidak dapat menerima hakikat ini.

Bagi mengelakkan pertambahan pihak musyrikin yang mungkin akan menyertai puak Hawazin dan Thaqif ini maka Rasulullah s.a.w membuat keputusan untuk menyerang kaum musyrikin ini. Pada 6 Syawal tahun 8 Hijrah bersama-sama 12,000 tentera muslimin, Rasulullah meninggalkan kota Mekah menuju ke Lembah Hunain. Tentera muslimin terdiri daripada 10,000 umat islam yang membuka kota Mekah dan 2,000 lagi adalah mereka yang baru sahaja memeluk islam setelah pembukaan kota Mekah.

Tuesday, May 20, 2008

Isu Fatwa Dr. Masyitah

Berzina itu harus....hmmmm cam best jek?


(Saifqutus)
satu Inovasi...satu Reformasi

Friday, May 16, 2008

IMAM ASY-SYAFI'I (Pemilik Manhaj Fiqah Yang Memadukan Antara Dua Madzhab Pendahulunya)

~Imam Syafie Ulama' penerus generasi Nabi~


Nama Dan Nasabnya

Beliau adalah Muhammad bin Idris bin al-‘Abbas bin Utsman bin Syafi’ bin as-Saib bin ‘Ubaid bin ‘Abdu Yazid bin Hasyim bin Murrah bin al-Muththalib bin ‘Abdi Manaf bin Qushay bin Kilab bin Murrah bin Ka’b bin Lu`ay bin Ghalib Abu ‘Abdillah al-Qurasyi asy-Syafi’i al-Makki, keluarga dekat Rasulullah SAW dan putera bapa saudaraNya.

Al-Muththalib adalah saudara Hasyim yang merupakan ayah dari ‘Abdul Muththalib, datuk Rasulullah SAW. Jadi, Imam asy-Syafi’i berkumpul (bertemu nasabnya) dengan Rasulullah pada ‘Abdi Manaf bin Qushay, datuk Rasulullah yang ketiga.

Sebutan “asy-Syafi’i” dinisbatkan kepada datuknya yang bernama Syafi’ bin as-Saib, seorang sahabat junior yang sempat bertemu dengan Raasulullah SAW ketika masih muda.

Sedangkan as-Saib adalah seorang yang mirip dengan Rasulullah SAW sebagaimana diriwayatkan bahwa ketika suatu hari Nabi SAW berada di sebuah tempat yang bernama Fushthath, datanglah as-Saib bin ‘’Ubaid beserta puteranya, yaitu Syafi’ bin as-Saib, maka Rasulullah SAW memandangnya dan berkata, “Adalah suatu kebahagiaan bila seseorang mirip dengan ayahnya.”

Sementara ibunya berasal dari suku Azd, Yaman.

Tuesday, May 13, 2008

Suami Saya Lelaki Soleh

"Apakah doa kamu?"

"Semoga dikurnia suami soleh yang boleh membimbing saya dunia dan akhirat"

Jawapan begini biasa diberikan gadis yang bakal mendirikan rumahtangga ataupun pengantin baru. Kebanyakan wanita jika diajukan mengenai jodoh, mahukan suami soleh. Tetapi, apakah suami yang diidamkan itu, benar-benar memenuhi keperluan wanita? Cuba kita jenguk apa yang berlaku dalam sesebuah rumahtangga selepas doa sigadis untuk mendapatkan 'lelaki soleh' mungkin sudah dimakbulkan Allah. Lelaki yang soleh amat takut kepada Allah. Salah satu bukti ketakutannya kepada Allah ialah mengerjakan solat. Jadi lelaki yang soleh akan menyuruh, malah kekadang sehingga menyuruh, malah memaksa isterinya solat. Tetapi ada isteri yang liat untuk solat, sedangkan sebelum kahwin dia kata dia mahukan suami yang soleh.

Sunday, May 11, 2008

Kasih Sayang Seorang Ibu

*Post ini dinukilkan sempena Hari Ibu (11/05/08). Ibu sepatutnya perlu diingati dan dihargai setiap hari, bukannya hanya pada hari ibu... Berilah sedikit perhormatan terhadap ibu yang telah membesarkan kita anaknya sehingga menjadi orang yang berjaya hari ini....


Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia. Dia bertanya kepada Tuhan. “Para malaikat di sini mengatakan bahawa esok Engkau akan mengirimkan aku ke dunia, tapi bagaimana cara saya hidup di sana, saya begitu kecil dan lemah?”

Dan Tuhan menjawab , “Saya telah memilih seorang malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu. Bayi itu merayu, “Tapi di sini di dalam syurga, apa yang pernah saya lakukan hanyalah bernyanyi dan tertawa. Ini sudah cukup bagi saya untuk berbahagia. Tak perlu untuk saya dihantar ke dunia”.

Tuesday, May 6, 2008

Story About A Mother With One Eye

Video ini didedikasikan buat semua ibu di seluruh dunia


'Syurga itu di bawah tapak kakinya...' adalah senikata kumpulan nasyid raihan. Sempena Sambutan Hari Ibu yang akan datang ini marilah kita semua sama2 mengenang kembali jasa dan pengorbanan ibu kita yang tercinta... bukan hari ni saja tapi juga hari2 seterusnya dan akan datang dan juga mengenang kembali segala tingkah laku kita yang mungkin sedikit sebanyak menyinggung perasaan kedua ibubapa kita khususnya kepada ibu kita...konfim ada :) segeralah minta maaf dan janganlah mengulangi perbuatan itu lagi. Kepada ibu2 tahniah dan seratus ribu juta billion zillion terima kasih kami ucapkan di atas jasa dan pengorbanan dan juga kasih sayang yang dicurahkan. I LOVE YOU MOM!


(SQ mfaistsss)

satu Inovasi...satu Reformasi


Visitor Map